Saturday 3 October 2015

Langkawi trip 3h2m Hari 1

Masa Cuti Raya Haji, saya bersama tiga lagi kawan ambil kesempatan untuk pergi bercuti ke Langkawi selama tiga hari dua malam. 
Suatu gateways singkat yang menarik dan terdekat yang boleh difikirkan. So nak share dengan semua itenary yang kami lakukan sepanjang percutian kami




Day 1.
Tunggu di Jeti Kuala Perlis dalam pukul 8:30 pg.


Sampai Jeti Kuah. Deal dengan penyewa kereta, dapat sebuah Perodua Axia dgn harga RM 160 + RM50 (deposit).
Bergerak terus terjah ke the other side of Pulau Langkawi. On the way kami singgah 

Marina Bay Porta Malai Petronas



Di sini kita boleh tengok view kapal layar mewah yang cantik dan menikmati pemandangan tepi pantai macam luar negara gitu. sinilah tibanya lah masa untuk selfie dan wefie.
Memang selfie sakan kat sini.


Kami sambung perjalanan kembali untuk ke Langkawi SkyCab Cable Car.
Bayaran masuk kami amik package yang meliputi Sky Cab + Sky Dome + 3S Arts. Memang Berbaloi pakej tu. Tiket kita beli tu ada waktu so kena alert la sikit bila dia panggil no tiket dan waktu masuk baru boleh masuk.

Sky Dome


Sky Dome ini berbentuk kubah. ia adalah tayangan video yang menggunakan teknik yang lain dari lain. nak tau teknik video macam mana? kena la masuk tengok. Ni macam nak membuang masa sikit sambil kita beratur panjang untuk ke Sky Cab tu

Sky Cab



Pengalaman naik Sky Cab memang seronok. Subhanallah dapat melihat pemandangan dari atas yang indah biru laut hijai bukit . Pemandangan seluruh Pulau Langkawi. Dalam perjalanan nak naik dengan Sky Cab tu anda boleh lihat Air Terjun Telaga Tujuh  dan Gunung Machinchang dan Marina Bay Porta Malai Petronas dengan clear. Bila sampai stesen pertama kita boleh menikmati pemandangan di situ sambil amik gambar dan kemudian beratur balik untuk naik kembali Sky Cab untuk ke puncak. Setelah sampai ke puncak disana anda boleh pilih untuk ke kiri atau kanan untuk menikmati pemandangan sekeliling Pulau Langkawi.



Sky Bridge
Di sini ada kaunter bayaran kaunter pendaftaran dan bayaran ke Sky Bridge. Laluan untuk ke sana anda perlu melalui sedikit hutan dengan mengelopori sedikit anak tangga dalam lebih kurang 10-15 minit. Jangan risau ia memang sangat berbaloi walaupun penat. Percayalah.

Kemudian turun dari Sky kami pergi ke Muzium 3d. 

Muzium 3D Arts
Dikatakan ini yang terbesar di Malaysia.. Memang besar, bertingkat-tingkat. Banyak sangat arts penuh memori fon gini..



Price: Combo (Sky Cab + Sky Dome + 3D Art) = RM 47 per person(mykad)
Skt Bridge RM 5
Address: Cable Car Station, Oriental Village, Langkawi, Kedah
Operation: 9:30 am untul 7:00 pm daily
Website: Panorama





  

Habis selesai kami bertolak ke Pantai Cenang kami menetap di Malibest Resort. Harga yang berpatutan iaitu RM150 semalam untuk Family Suite ada dua katil queen. Makan malam jangan risau sekitar Pantai Cenang banyak kedai makan, pilih ja nak macam mana. Kawasan ni memang riuh dan rancak tak sunyi.

selasai untuk hari pertama. sambung ke post seterusnya untuk hari kedua.~



No comments:

Post a Comment