Sunday 13 September 2015

Batu Gajah - Clearwater Golf Resort & Kelli's Castle

Batu Gajah terletak di tengah Perak, perjalanan tak jauh dari bandar Ipoh. Kawasan bekas tinggalan bijih timah. Pergi sana atas urusan kerja ada kursus. Tinggal di Clearwater Golf Resort.






Clearwater Golf Resort


kawasan resort ni memang damai, bagi siapa yang sukakan alam semula jadi, suka kehijauan nak lari dari kebisingan hiruk pikuk bandar sini memang sesuai.
Apa boleh buat dalam kawasan ni?
Semestinya anda boleh main Golf, kaki pancing memang suka sebab boleh pancing di tasik buatan bekas biji timah ni, main tennis, main badminton, swimming, gym, kayuh basikal, jogging, jalan kaki menghayati hijau, tengok spesis burung.
Kiranya bagi penggemar sukan dan alam sekitar memang tak bosan.
Slacknya cuma tandas di resort tak dak paip tapi mereka menyediakan gayung untuk cebok.











Kellies's Castle


Sebuah binaan yang lama dan jika dilihat macam tak siap. Memang pun tak sempat siap. Sir Kellie meninggal dunia sebelum beliau sempat menyiapkan impian beliau ni. Jika di India ada Taj Mahal, di Perak ada Kellie's Castlenya. Sejarah menyatakan Sir Kellie ingin menghadiahkan sebuah Istana mewah kepada isteri tercinta.. Binaan ini juga menyediakan slot untuk lif, kalau siap binaan ini adalah yang pertama menyediakan perkhidmatan lif di Tanah Melayu.
Tapi orang kata tempat ni seram, dikatakan roh Sir Kellie masih berlegar di beberapa ruang dalam binaan ini, bukan saja roh beliau malah dikatakan roh anak perempuannya, Helen pun ada. Creeeppy.






No comments:

Post a Comment