Saturday 3 October 2015

Langkawi Trip 3h2m Hari 2

Day 2.

Hari kedua kami di Langkawi kami plan untuk Island Hoping. Selama hidup dok mai Langkawi dengan parents xpernah lagi p Island Hoping.. so this is our first time.

ISLAND HOPING

Untuk mendapatkan pakej bot ke Island Hoping ni tak perlu risau bila anda menetap di sekitar Pantai Cenang sebab ada banyak agensi yang menawarkan pakej ni. Jalan ja sekitar Pantai Cenang tu banyak yang offer pakej Island Hoping ni. Kami amik yang provided oleh hotel so kami dapat lah guest price murah sikit.





pagi nak bertolak tu berkumpul depan reception hotel pukul 8pagi. Akan ada van yang pick up dan bawak kita ke jeti. Kalau boleh elakkan bawak kenderaan sendiri. Sebabnya parking akan jauh dan anda akan balik dengan keadaan basah jd basahlah sit kereta anda. Seeloknya pakaian yang di syorkan adalah pakaian yang boleh masuk mandi sbb nanti boleh terus terjun mandi atau pakai ja pakaian sukan dgn selipar. Jangan lupa makan breakfast dan bawak la makanan sikit nanti lapar tau. Nasi lemak pon sedap makan tepi pantai.




Destinasi pertama setelah kita mengharungi lautan dengan menaiki bot adalah

Pulau Dayang Bunting


Pulau terbesar selepas Pulau Langkawi. Menyimpan sebuah kisah dongeng mengenai seorang puteri bunian yang mengandung dan beranak. Kemudian anaknya meninggal dunia dan dia semadikan anaknya di dalam tasik yang kini dinamakan Tasik Dayang Bunting.
Bila sampai ke jeti, anda perlu masuk ke kaunter dan bayar yuran kemasukan sebanyak RM2.00 seorang. Kemudian masuk melalui pintu masuk dan meniti melalui anak tangga yang disediakan untuk sampai ke kawasan Tasik Dayang Bunting.


Memang indah kawasan sekitar ni, airnya pun sejuk dan nyaman. Bagi yang reti berenang dan menyelam anda boleh la terjun ke dalam tasik dan mandi. Ada lagi aktiviti lain iaitu Kayak dan Skuba. Macam saya yang tak reti berenang ni dok cicah kaki saja lah sambil selfie sampai habis memori.
masa diberikan oleh bot adalah dalam 1 jam lebih. Cukup waktu anda kena naik bot mana yang anda datang tadi, Kena tepati masa ya dan alert dengan bot anda sebab banyak sangat bot dan trip.


Eagle Feeding and Sightseeing



Bergerak menaiki bot ke destinasi seterusnya. sepanjang perjalanan tu nikmati la bunyi enjin bot dan pemandangan pulau-pulau sekitar dan laut. Tengok burung Helang Putih makan. Memang menarik dan teruja. Sambil terbang turun sauh makan kat laut tu.. Destinasi ni kita tak turun dari bot pon. tengok ja dari atas bot yer..



Pulau Beras Basah



Destinasi seterusnya ke Pulau Beras Basah. Pulau ni air dia memang jernih crystal clear, pantai cantik, boleh tengok ikan brenang tepi kita ja. Beware ya kat sini tak dak toilet (ada papan tanda tulis) tak tau la kehenarannya tak terasa nak ke toilet pon. kekeke...



Cukup time kita naik bot dan pulang ke jeti. di Jeti ada souvenior yang menanti anda, nak amik bayar tak nak amik biarkan. Ntah la masa bila depa amik gambar tu. Tapi sebelum bertolak la nampak rupanya..
Nak balik ada van akan hantar kita balik ke Hotel/ Resort

Island Hoping ni makan masa dalam setengah hari jugak.

Island Hoping RM 30
Masuk Tasik Dayang Bunting RM2
Survenior RM 10

So lagi setengah hari kami singgah ke Duti Free dekat Pantai Chenang tu sebab nak cari Ais Krim Gulung yang dok popular tu. Dapat gak akhirnya.



Kemudian kami ke bandar dan habiskan masa ke Pekan Kuah. Jalan-jalan sekitar pekan Kuah, ke HIG mall yang baru bukak. Borong coklat lah. pastu mlm kami singgah pasar malam dekat kawasan pekan Kuah tu jugak.




Tamat hari kedua

No comments:

Post a Comment