Saturday 3 October 2015

Langkawi Trip 3h2m Hari 3

Hari Terakhir. Hari 3.

Tiket feri untuk balik kami dah siap beli dah pada hari ke-2 masa jalan2 pekan kuah tu. Amik feri pukul 3ptg. So ada la masa lagi nak jalan2 sikit.




Pagi kami luangkan masa jalan2 sekitar Pantai Chenang dan mandi manda di pantai. Ramai jugak orang mandi awai pagi dah. Ada jugak orang joging dan lari sekitar pantai. Memang mendamaikan.






Lepas tu kami get ready, packing barang semua dan check out hotel.

Nusantara
Kami singgah ke Gamat Nusantara. Pengusaha minyak gamat yang terkenal di Langkawi. Boleh borong pelbagai jenis minyak kat sini. Wajib ambil minyak gamat lah kan

Batik
Kemudian di seberang jalan ada kedai Batik. So kami singgah untuk tengok2 kain batik untuk dibawa pulang sebagai hadiah untuk mak2 kita.

Dalam pukul 2ptg kami terus ke Jeti Pekan Kuah. Serahkan kunci kereta sewa dan tunggu feri untuk pulang.

Akhirnya, selesai short vacation kami. Semua perbelanjaan dalam budget. Cuma terlebih tang beli coklat, nafsu melimpah ruah so memang habis kat coklat yang banyak. 

No comments:

Post a Comment