Banyak dok bercambah muzium dan tempat pelancongan kat Penang ni.
Salah satunya
Penang Time Tunnel
Terletak di Jalan GreenHall. Bersebelahan Kolej Segi. Kawasan perumahan kedai lama.
Sebelum ke Dewan Sri Pinang tu
Tempat ni memang sesuai bagi seisi keluarga dan yang suka akan subjek sejarah.
terbahagi kepada beberapa bahagian
terbahagi kepada beberapa bahagian
1- Bahagian Sejarah Pulau Pinang
2- 3d Arts mural
3- lampu flouresent
4- bilik tungang terbalik
1- Bahagian Sejarah Pulau Pinang
Pada permulaan eksplorasi anda dapat pelajari mengenai sejarah penubuhan Pulau Pinang zaman Francis Light hingga ke sekarang hari ini. macam Time lapse lah.. imbau balik..
Pakaian seragam tentera zaman dulu |
patung dan koleksi sejarah |
zaman Jepun dan zaman British |
kelengkapan harian digunakan zaman dahulu |
2- 3d Arts mural
Slot kemudian ni bagi yang gilakan photography dan suka selfie weefie.
Ada 3d arts. dalam 3d arts ni ada bahagian tangkap gambar pembiasan cermin.. menarik bukan
Boleh la tgkap gambar imaginasi dan kreativiti. hanya ikut ja arahan pembantu yang ada dalam tu.
Kemudian slot lampu fleouresent. Macam mural guna cat glowing in the dark gitu.. bilik memang gelap sangat. nak tangkap kena pakai flash kalo x muka memang x nampak.
4- bilik tungang terbalik
Pehtu ada slot bilik tunggang terbalik. Semua perabot terbalik.
So apa lagi mai la Penang Time Tunnel Memang Berbaloi.
Masa nak masuk tu diorang ada bagi sehelai kertas macam kuiz or hunt. Dalam kertas tu ada soalan mengenai sejarah Pulau Pinang. Jangan risau jawapan semua boleh dijumpai di sekitar pameran tu. Kena rajin membaca dan mencari ja.. Saya dah berjaya jawap semua soalan dan dapat prize tau.. Prize apa? Misteri.. kena la datang dan jawab kuiz bagi betui.
Waktu : Setiap hari 9:30 pagi - 7:00 Petang
Harga Tiket:
Dewasa RM 22.00 / RM 14.00 (MyKad)
Kanak-kanak (5 - 12 Tahun) RM 12.00 / RM 7.00 (MyKad)
Pelajar RM 14.00 ( Kad pelajar) / RM 7.00 ( MyKad)
Website: Penang Time Tunnel
No comments:
Post a Comment