So tempat yang kami melawati
1. Toy Museum
2. Batik Craft
3. D'Heritage Chocolate, Coffee and Herbal
untuk Toy Museum boleh la refer post Toy Museum.
Batik Craft
Terletak berhadapan dengan Toy Museum di Teluk Bahang tepi jalan ja,.. depan masjid.
Batik Craft ni kamu boleh tengok cara pekerja dia mencanting batik, mereka guna pen khas, lepas lukis guna pen khas, mereka mewarnakan kain tersebut. Kemudian mereka rendam dalam air dan bilas.
Dalam tempat tu ada slot kamu boleh beli kain-kain batik yang telah siap dibuat, pelbagai jenis corak batik yang dibuat menjadi pelbagai gaya. ada jadi baju batik, kain skirt, dress, baju kelawar dan macam-macam lagi. cantik-cantik belaka. Harga pun makaih.. cantik la..
Kemudian ada slot utk souvenir.. boleh la beli barang untuk kenang- kenangan
Lokasi: 669, MK 2, Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang
Masuk PERCUMA
Kemudian kami bergerak ke
D'Heritage Chocolate, Coffee and Herbal
Sebuah tempat yang menjual pelbagai jenis kopi Penang, chocolate buatan tangan dan herba-herba terpilih.
Ada pelbagai jenis perasa kopi dari Penang White Coffee, Almond, Tongkat Ali, Tiramisu, Kurma, Ginger, Kacip Fatimah, Slimming Coffee, Mocha, Banana dan Black Coffee.
Siap mereka bagi kita rasa setiap kopi tu.. sedap sampai naik pening sebab amik banyak kopi. Saya ni tak leh minum kopi banyak sangat nanti naik jadi pening..
Kemudian ada juga chocolate buatan tangan, macam-macam jenis chocolate almond, hazelnut, dark chocolate. Chocolate pedas pun ada tau.. memang pedas. semua boleh rasa mereka bagi rasa.
Madu pun ada jual. pelbagai jenis madu, madu asli, Wild honey, madu tongkat ali, garlic, ginger, noni honey dan macam-macam.
bertingket-tingket |
Jangan risau masuk setakat saya pergi ni adalah percuma.
Masuk PERCUMA
No comments:
Post a Comment